Khalid berkata Azmin hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan
beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB
Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2
billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya di
Facebook.
Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang
berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana
“sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas” untuk pilihan raya umum akan
datang.
“Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip,
idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika
beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” katanya.
Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding
sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu
ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.
Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid,
kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari
Gombak.
Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang
menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR
menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset
konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi
pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan
membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya
umum akan datang
No comments:
Post a Comment