
Gambar Facebook
TUMPAT: Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14
(PRU14) yang dilancarkan Khamis lepas lebih bersifat retorik, kata
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, manifesto tersebut tiada apa-apa yang baharu kerana
ia hampir sama dengan manifesto dikemukakan Pakatan Rakyat dahulu.
“Kita melihat sebahagiannya (manifesto) adalah mustahil untuk
dilaksanakan,” katanya selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PAS
Kawasan Tumpat di sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga
yang dipertua PAS Tumpat.
Takiyuddin berkata, Gagasan Sejahtera yang disertai PAS akan
melancarkan manifesto mereka pada 18 Mac ini di Cyberjaya oleh Hadi yang
antara lain memaparkan pencapaian parti itu, termasuk di Kelantan.
Mengenai kaji selidik Invoke Malaysia yang diumumkan Pengasasnya,
Rafizi Ramli yang PAS tidak akan menang walaupun satu kerusi Parlimen,
malah bakal kehilangan Kelantan pada PRU14, Takiyuddin berkata, banyak
kajian beliau meleset, termasuk mengenai kerajaan Selangor yang dipimpin
PKR.
“Saya cadang kepada Rafizi supaya menekankan kajian sama ada kerajaan
Selangor boleh kekal atau tidak, kerana walaupun dengan cabaran
dihadapi, kita yakin PAS boleh pertahan Kelantan,” kata ahli Parlimen
Kota Bharu.
Bila dah mesra dengan UMNO ni, buah butir yang keluar senada saja dengan UMNO. Bawa sini manefesto PAS kami nak tengok.
ReplyDeleteMemang la klu org lain serba tak kena je,dia je yg betul.Tggu je pru ni tau la nasib msg2.
ReplyDelete