Tuesday, March 6, 2018

Minta cerai berpunca dari kebab

Kebab
Gambar hiasan
KAHERAH - MESIR. Seorang wanita di Mesir nekad menuntut cerai daripada suaminya hanya kerana dia enggan membelikan kebab untuknya.

Sameeha yang baharu berkahwin selama 40 hari dilaporkan kembali ke rumah keluarganya dan terus memfailkan cerai atas alasan suaminya kedekut.
Portal Masrawy memetik kenyataan wanita itu melaporkan perkahwinan mereka diaturkan keluarga dan dia baharu mengenali suaminya selama dua bulan.

"Di awal perkahwinan, dia memberitahu tidak suka keluar ke mana-mana kerana ia hanya membazirkan wang. Lama-lama terserlah sikap kedekutnya," katanya.
Difahamkan, suami wanita itu enggan mendapatkan kebab untuknya kerana dia telah terlebih dahulu telah membelikan jus.

Bagaimanapun wanita itu terus mendesak  suaminya hingga dia menuduh isterinya cuba mengikis harta kekayaannya. - tribune.com

No comments:

Post a Comment