Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
hari ini melabelkan bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz
sebagai “makcik tua yang meroyan kuat sangat".
“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.
“Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat
kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok
Shahrizat ni.
“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pameran "Peking
Man in Malaysia: Zhoukoudian Heritage Site" di Muzium Negara, Kuala
Lumpur hari ini.
Rafidah
adalah bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa dan pernah
digelar "Iron Lady" oleh media berhubung pendiriannya yang tegas ketika
mewakili negara dalam rundingan perdagangan antarabangsa.
Nazri berkata Shahrizat bekerja keras dan sering mendekati akar umbi,
sedangkan Rafidah tidak mahu melakukan kerja sedemikian ketika menjadi
ketua Wanita Umno.
“Shahrizat membuat kerja-kerja yang boleh menyentuh perasaan wanita
dan jelas kita nampak memang Shahrizat membuat kerja-kerja macam ini.
Yang dulu Rafidah tak nak buat pun.
“Jadi sekarang ini bila dia dah kalah dengan Shahrizat, memanglah dia marah, dendam tak sudah so dia panggil Mahathir lah.
“Rafidah ni dendam tak sudah dengan Shahrizat. Sebab dia tengok
Shahrizat kuat. Kes NFC terjatuh, jelas tidak ada kes jadi Shahrizat
naik lebih tinggi lagi dan kita semua sokong Shahrizat sebagai ketua
Wanita jadi (dia) cemburulah. Jadi Rafidah you dah makcik tua, takyah selalu meroyanlah,” katanya.
Rafidah semalam berkata, sebagai warganegara Malaysia, dirinya berhak untuk bercakap atau mengulas serta memberi pendapat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan negara.
Beliau juga membidas pihak-pihak yang mempersoalkan 'locus standi'
atau haknya untuk berbuat demikian dengan sindiran “meroyan kepala bapa
mereka”.
Seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim juga mengkritik
beberapa dasar dan pentadbiran kerajaan, khususnya mengenai 1MDB,
akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, Nazri berkata Rais, yang masih berkhidmat sebagai penasihat khas, hanya bimbang dan memberikan nasihatnya.
No comments:
Post a Comment