(Ubah saiz teks)
SUNGAI PETANI - Pemuda MCA Kedah menggesa Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipecat kerana
tidak menghormati masyarakat Tionghoa.
Ketuanya, Tan Chee Hiong berkata, tindakan Nazri sebagai penganjur
mengenakan baju hitam sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu
Cina 2018 di Amanjaya Mall didakwa sengaja melanggar pantang larang
masyarakat Cina.
"Semua orang tahu kalau nak pakai baju merah atau lain tak apa tetapi
hitam melambangkan tidak bernasib baik dan tindakan ini dianggap tidak
menghormati acara ini," katanya pada sidang media selepas acara itu
berakhir semalam.
Menurutnya, sekiranya seorang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak
mengetahui budaya masyarakat lain, sepatutnya beliau tidak layak
menjawat jawatan itu.
"Kami harap dia dipecat," katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir merasmikan
majlis tersebut bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah.
Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim
dan Nazri mewakili Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
sebagai penganjur bersama Kerajaan Negeri Kedah.
Nazri dilihat mengenakan baju hitam sepanjang acara itu berlansung.
No comments:
Post a Comment