(Ubah saiz teks)
TAMBUN - Parlimen tambun mempunyai jumlah pengundi paling ramai di
perak pada pru13, iaitu seramai 89,435 orang dan jumlah tersebut
dijangka meningkat melebihi 90,000 pemilih pada pru14 nanti.
peningkatan jumlah penduduk yang begitu drastik menjadikan kawasan
parlimen tersebut akan terus kekal menjadi kawasan pengundi teramai di
negeri ini.
terletak berhampiran pusat bandar ipoh, tidak hairanlah kawasan itu
menerima limpahan pembangunan yang banyak disebabkan kawasan ipoh
sendiri sudah pun padat dengan penduduk.
di bawah parlimen tambun, terdapat dua kawasan dun iaitu manjoi (n23) dan hulu kinta (n24), dengan kesemua kerusi dimenangi bn.
Dalam pada itu, Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah menerajui Parlimen Tambun sejak menang PRU pada 1999
sehinggalah PRU13.
Kawasan parlimen tersebut kini menjadi buruan Pakatan Harapan dan Pas,
selepas Ahmad Husni melepaskan jawatan dalam Kabinet serta meletakkan
kesemua jawatan di dalam parti pada 2016, dan ditambah dengan jumlah
majoriti undi yang semakin mengecil.

Dari segi pecahan pengundi, berdasarkan data PRU13 lalu, 64 peratus
adalah pengundi Melayu, diikuti 22 peratus Cina dan 12 peratus India,
manakala selebihnya lain-lain kaum termasuklah Orang Asli.
Dari segi pentadbiran tanah, kawasan Parlimen Tambun terletak di bawah
daerah Kinta, manakala pihak berkuasa tempatan pula di bawah seliaan
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Antara tarikan menarik di kawasan parlimen ini ialah Lost World of
Tambun, Bandar Meru Raya, Taman Tema Animasi Studio (MAPS), Hospital
Bahagia Ulu Kinta, Bulatan Amanjaya dan ladang limau bali.
Program kesejahteraan sentuh hati rakyat
Program kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama dalam menjaga kebajikan rakyat.
Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, program
berkenaan lebih menyentuh hati rakyat dengan menyusup ke akar umbi
menyelami hasrat mereka, dalam menggalas tugas sebagai wakil rakyat, dan
tidak meminggirkan pembangunan.
Menurutnya, peruntukan yang diterima banyak disalurkan kepada program
baik pulih rumah, menambah baik prasarana awam, program kesihatan dan
pendidikan.
“Program sebegini lebih dekat di hati saya. Misi pembangunan untuk
rakyat di kawasan saya, bermula dari Tambun hingga ke Kampung Ulu Kuang
tetap tidak dilupakan,” katanya.
Namun, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tambun turut mengimpikan
Halal Park Tambun di bawah kendalian Mara bakal menjadi nukleus
pertumbuhan industri halal di Perak.
Bagi Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamad Zainal Abidin pula, beberapa
masalah penduduk yang sekian lama tertangguh berjaya diselesaikan,
termasuklah pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi dan pusat rekreasi di
Gugusan Manjoi, kedua-duanya sedang dalam pembinaan.
Menurutnya, kerajaan sangat mengambil berat keperluan penduduk di
kawasan Dun Manjoi apabila permasalahan tersebut dibangkitkan di dalam
Sidang Dewan Negeri mendapat respons positif.
“Sebagai wakil rakyat, saya hanyalah sebagai pemudah cara bagi setiap
permasalahan yang dihadapi rakyat. Seboleh-bolehnya kita mahu semua
diselesaikan segera mengikut keperluan.
“Apa yang pasti, banyak masalah yang selama ini tidak dapat
diselesaikan kini berjaya diselesaikan dengan kerjasama semua pihak,”
katanya
No comments:
Post a Comment