(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya akan menjadi salah satu faktor kepada kemenangan BN pada PRU14.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman
Awang Pawi berpendapat, walaupun persempadanan semula mengambil kira
faktor kepesatan sesuatu kawasan dan pertambahan penduduk, sepatutnya
perbezaan dari saiz kawasan dan jumlah pengundi tidak boleh ketara.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah turut berlaku di
Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Donald Trump sendiri. Sebab itu,
kalau kita lihat kawasan-kawasan Parlimen dimenangi DAP lebih besar dan
ramai pengundi berbanding BN.
“Kita ambil contoh di Dun Cempaka yang ditukar kepada Pandan Indah,
ramai pengundi Melayu Ampang kira-kira 8,000 orang masuk ke sana dan
pengundi Cina ke Ampang sekitar 3,000 ke 4,000 orang, ini salah satu
contoh,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia,
Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berpandangan, walaupun secara kasar
BN mendapat kelebihan daripada persempadanan semula ini, namun impak
terhadap mereka tetap ada.
“Benar kira-kira 60 kawasan pembangkang terjejas disebabkan
persempadanan semula berbanding BN seperti di Selangor, Melaka dan Perak
tetapi impak tetap ada kerana faktor pola kecenderungan pengundian.
“Umum mengetahui pola kecenderungan pengundi di bandar berbeza dengan
luar bandar. Kalau di bandar, pengundi lebih cenderung mengundi
pembangkang dan di luar bandar adalah BN,” katanya
No comments:
Post a Comment