SYDNEY - AUSTRALIA. Mangsa keempat terkena jangkitan Listeria selepas
makan tembikai wangi atau Rockmelon yang tercemar meninggal dunia, kata
pihak berkuasa.
Punca wabak Listeria tersebut disahkan dari sebuah ladang di New South Wales (NSW). Setakat ini, 17 orang telah dijangkiti.
"Terdapat dua kematian di NSW dan dua di Victoria," kata NSW Health dalam satu laporan.
Menurut pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, Vicky Sheppeard,
semua rockmelon yang tercemar (cantaloupes) sudah ditarik balik dari
pasaran pada 28 Februari lalu.
"Kira-kira satu pertiga daripada orang yang jatuh sakit akibat
listeriosis mati setiap tahun. Kebanyakan kes tidak berkaitan dengan
wabak seperti ini yang membabitkan rockmelon yang tercemar," katanya.
Listeria adalah bakteria biasa dan tidak menyebabkan penyakit ke atas kebanyakan orang.
Tetapi ia boleh mengancam warga tua, wanita hamil atau mereka yang mempunyai masalah seperti kencing manis atau kanser.
Listeriosis bermula dengan gejala seperti selesema, termasuk seram
sejuk, demam dan sakit otot. Ia mempunyai tempoh inkubasi sehingga 70
hari. - AFP
No comments:
Post a Comment