Malaysiakini 2/3/18
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang membidas jutawan Robert Kuok dan MCA.
Menurutnya, beliau tidak akan menarik balik segala kenyataannya sebelum ini, mahupun membuat sebarang permohonan maaf.
"Saya tak pernah cakap benda yang tak betul. Saya kata suara kaum Cina selepas 2013 adalah DAP, salah ke? Saya berkawan dengan DAP sebab saya hormat demokrasi.
"Saya nak bekerja untuk pelancongan seperti di Pulau Pinang. Takkanlah saya nak tinggalkan mereka.
"Sebenarnya saya dalam Umno hanyalah seorang yang junior. Mengapa (MCA) rasa tergugat sangat bila (saya) lawan mereka. Maknanya, berbanding seluruh MCA, saya ini kuatlah," kata Nazri kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa terdapat kelompok BN yang bersekongkol dengan kuasa luar untuk 'menghancurkan' partinya itu.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, beberapa pemimpin MCA baru-baru ini menjadikan hubungan rapat Nazri dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai sasaran.
Punca perbalahan
Selain itu, mengulas dakwaan MCA yang menuduh dirinya berulang kali membuat serangan terhadap parti itu sejak beberapa tahun lalu, Nazri mendedahkan punca perbalahan mereka itu.
Nazri berkata, pada tahun 2013, beliau diboikot oleh MCA Padang Rengas semasa pilihan raya umum ke-12 berikutan perselisihan pendapat mengenai calon presiden MCA.
Katanya, beliau ketika itu menyokong Liow sebagai presiden manakala MCA Padang Rengas pula menyokong Datuk Seri Chua Soi Lek.
Selepas diboikot, Nazri berkata hubungannya bersama parti berkenaan renggang susulan tiada tindakan yang dibuat MCA Pusat terhadap MCA Padang Rengas.
"Pada 2013 dulu, MCA Padang Rengas keluar kenyataan dalam surat khabar Cina boikot saya. Kemudian, bukan itu sahaja, mereka berkempen suruh orang jangan undi saya (pada pilihan raya umum).
"Sampai hari ini mereka tidak ada jumpa saya untuk beritahu yang boikot itu sudah tak ada ke. Tak ada langsung dari (MCA) Pusat nak panggil MCA (Padang Rengas) ini suruh berhenti ke.
"Tapi saya tak kisah.
"Jadi, siapa nak lawan siapa? Mereka yang lawan saya di bawah ini. Takkan saya nak duduk diam. Jadi soal kata saya nak hancurkan MCA itu, bukan. Saya tak ada niat langsung," kata Nazri.
Mengenai bidasannya terhadap Kuok, Nazri berkata beliau tidak menyerang MCA sebaliknya mengeluarkan kenyataan khusus kepada jutawan berkenaan.
"Saya berkata kenyataan pada Robert Kuok kerana ada menyimpan perasaan, dalam buku dia pun ada tulis perkataan negatif mengenai kerajaan. Saya sebahagian daripada kerajaan, saya menteri dan saya beri pandangan saya. "Saya bukan hentam MCA, yang nak masuk campur apa hal? Tak ada kenyataan sebut nama Liow. Saya serang (Datuk Seri) Ong (Ka Chuan) pula sebab dia serang saya. MCA ini ingat dia siapa?
"Dia kata semangat BN. Kalau semangat BN, dia serang kita boleh, kita tak boleh serang dia? Dia ingat dia anak emas dalam BN ke? Saya tak pernah sentuh mereka, mereka sentuh saya lagi ada," katanya.
Nazri pada Selasa lalu menyergah setiausaha agung MCA itu berhubung isu kewarganegaraan hartawan Robert Kuok dan mengingatkan Ong supaya tidak perlu mengajar beliau untuk berkata-kata.
'Saya bukan presiden Umno'
Nama Kuok menjadi isu apabila penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa lelaki terkaya di negara ini menaja DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight. Kuok kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan.
Susulan 'pendedahan' itu pemimpin Umno memberikan reaksi mereka, dan seorang daripada mereka adalah Nazri.
Dalam kenyataan paling lantang, beliau menggesa Kuok agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan mencabarnya untuk pulang dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Nazri hari ini juga menjelaskan, beliau ketika ini hanya 'berseorangan' dan tiada anggota majlis tertinggi Umno yang menyokong kenyataannya.
Katanya, walaupun tanpa sokongan mana-mana pihak, beliau mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya. "Saya cuma anggota parlimen Padang Rengas. Kalau kenyataan saya ini boleh gugatkan MCA, saya ini kuatlah. Saya bukan presiden Umno.
"Dia serang Umno boleh, kita serang balik, takut, jumpa perdana menteri. Macam budak-budak. Apa dia nak takut, saya cakap benda yang benar.
"Mana ada anggota majlis tertinggi yang sokong saya. (Tapi) saya ada hak untuk serang, saya pertahankan diri. Saya takkan berhenti, kalau nak terus serang saya, saya takkan berhenti," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment