Sunday, April 29, 2018

Azwan hadir awal, Azmin nafi elak bertembung

28/4/18

   
Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Azmin Ali menafikan beliau cuba mengelak daripada bertembung adiknya Azwan di pusat penamaan calon di Bukit Antarabangsa hari ini.

Azmin, yang turut bertanding di parlimen Gombak, hanya menghantar wakil bagi proses itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.
Azmin menjelaskan beliau terpaksa hadir di Gombak untuk bersama-sama dengan calon-calon lain Pakatan Harapan yang bertanding di DUN bawahnya.

Ditanya tentang peluang adiknya yang juga personaliti TV, beliau enggan mengulasnya.

“Biar rakyat putuskan,” katanya.

Azwan hari ni sejak 7.15 pagi lagi dilaporkan hadir untuk menghantar borang penamaan bersama pencadangnya di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang.

Berbaju T merah, beliau hadir dengan sepanduk kempennya yang menggunakan logo gajah.

Pencadang beliau berpakaian serba hitam.

1 comment: