(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
menyatakan faktor kemenangan Pakatan Harapan adalah kecurangan
pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1MDB dan kos sara hidup yang
tinggi.
Menurutnya, Pakatan Harapan berjaya menyakinkan rakyat dan beliau
gembira kerana penerimaan rakyat dengan dasar parti yang diberikan.
"Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita.
"Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari,
cukai barang dan perkhidmatan akan dihapuskan," katanya selepas sidang
media pengumuman kejayaan Harapan dalam PRU14, di sini, hari ini.
Tambah Azmin, beliau turut mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap rakyat serta anggota Umno selain pengalaman lama dalam
kerajaan menjadi faktor kejayaan Harapan.
Selain itu, Azmin turut meluahkan rasa syukurnya kepada rakyay Malaysia
di atas keputusan bersejarah ini dengan tumpasnya BN dalam PRU14.
"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama
menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia
ditadbir secara bertanggungjawab," katanya
No comments:
Post a Comment