Wednesday, May 23, 2018

Royalti minyak: Kelantan minta lima peratus sahaja

Sinar Harian
Royalti minyak: Kelantan minta lima peratus sahaja
Ahmad meninggalkan bilik mesyuarat hari pertama Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bercadang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam masa yang bersesuaian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, antara yang bakal dibincangkan adalah berkaitan tuntutan lima peratus royalti petroleum sebagaimana perjanjian sebelum ini.

“Kita akan menunggu waktu yang sesuai untuk bertemu dengan Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco kali pertama hari ini di Kompleks Kota Darul Naim.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Kelantan akan terus memperjuangkan tuntutan royalti pada kadar lima peratus  dan  berkaitan dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu memberikan 20 peratus itu terpulang kepada Kerajaan Pusat.

“Yang 20 peratus itu atas jiwa besar Tun M dan kita akan menerimanya tetapi penting bagi kita adalah lima peratus.

“Kita harap kerajaan baharu Pakatan Harapan ini berjiwa besar setelah usaha kita dengan kerajaan sebelum ini tidak berhasil,” katanya.
Dalam pada itu, sebagaimana kenyataan Ahmad sebelum ini dalam konteks hubungan antara kerajaan, Kelantan sentiasa profesional dan sedia  memberikan kerjasama terbaik dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment