PANZHOU - CHINA . Sekumpulan pakar bedah di China mengambil masa hampir
10 jam membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang
warga emas.
Zhao Xingfu, 64, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma,
mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur
ayam.
Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan
ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya.
Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Xingfu.
Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan
ahli keluarga dan membawa ayahnya mendapatkan rawatan di Hospital Tumor
Guizhou.
Seminggu selepas pembedahan, keadaan Xingfu dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment