Sunday, June 24, 2018

Bunuh ibu bapa gara-gara ekzema

Sinar Harian, 24 Jun 2018

Bunuh ibu bapa gara-gara ekzema
Pang Ching-yu menyalahkan ibu bapanya gara-gara penyakit ekzema kroniknya. - Foto FB Pang Ching-yu
TUEN MUN - HONG KONG. Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya.

Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.

“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,”tulis Ching-yu dalam sebuah blog.

Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan kesan tikaman.
“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.

“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu," kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post. - NDTV

No comments:

Post a Comment