Wednesday, June 13, 2018

Kolumnis PAS: Banyak harta lambatkan Najib, Rosmah masuk syurga

 
   
Kolumnis akhbar PAS Subky Latif berkata banyak harta boleh melambatkan seseorang itu masuk syurga.

“Ketika rencana ini ditulis, sudah dua minggu polis masih belum selesai mengira harta yang dirampas dari Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.
“Bukan seorang dua polis membilang, bahkan sepasukan, masih meneruskan mengira duit tunai dan nilai lain harta. Demikian banyaknya harta Rosmah yang dirampas.

“Banyaknya harta itu, jika ia adalah hasil sepencarian antara Rosmah dan suaminya, Najib nescaya boleh melambatkan mereka masuk syurga.
“Terpaksa menunggu di pintu syurga kerana semuanya diaudit dulu, dari mana ia didapati dan cara ia dibelanjakan,” katanya.

Subky tidak merujuk secara khusus rampasan mana yang dirujuknya itu.
Polis telah merampas beberapa barangan daripada rumah Najib, 'rumah selamatnya' di Putrajaya dan kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas presiden Umno itu.

Antara dirampas wang tunai lebih RM100 juta dan hampir 300 kota beg tangan berjenama mewah.
Setakat 10 Jun lepas, dilaporkan pengiraan barang kemas dan jam tangan mewah dalam baki 37 bagasi yang dirampas di Pavilion Residences Apartment masih belum selesai dikira, sungguh pun hampir memasuki minggu kedua.

Menulis dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky bagaimanapun berkata beliau tidak bermaksud harta itu haram.
“Katakanlah ia hartanya yang sah, tetapi begitulah syarat untuk masuk syurga, semuanya diaudit dulu sebelum dibenarkan masuk syurga,” katanya.

Memetik seorang tok guru dalam kuliahnya, Subky berkata, Nabi S ulaiman sendiri, yang kekayaannya tidak terkira, terpaksa menunggu selama 40 tahun justeru audit atas hartanya baru selesai.

“Tetapi itu peraturan hendak masuk syurga, semua harta itu diaudit dulu.
“Hatta Nabi Sulaiman sendiri terpaksa menunggu 40 tahun,” katanya.
Malaysiakini

2 comments:

  1. Itu belum campur yg bagi ke mamat2 yg diarah mengusir jebun. Untuk makluman jebun2 dah jadi menteri.

    ReplyDelete
  2. subky kata harta se pencarian ke harta sepencurian, bunyi macam sama je bagi dua mempelai ini. baguslah masih ada baik sangka sejak dulu sampai sekarang puak lebai2 terhadap mempelai cepelai istimewa

    ReplyDelete