(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - "Proses siasatan berkenaan rahsia “fail merah” yang
didakwa mengandungi perkara berkenaan penyelewengan dan skandal
membabitkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang
dijalankan," kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, proses siasatan itu dipertanggungjawabkan kepada
syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan
siasatan lebih komprehensif .
“Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya dan tiada had
masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaikan) secepat mungkin,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian
perjanjian persefahaman antara agensi Perbadanan Pemuliharaan dan
Pembangunan George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di sini,
hari ini.
Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Lim berhubung “fail merah”
berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba disorok oleh kerajaan BN.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia fail merah terbongkar]
Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Guan Eng dilapor berkata sebelum
ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN
menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya
secara profesional dan integriti.
Dalam perkembangan lain, Guan Eng memuji langkah kerajaan negeri Pulau
Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco
untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada 3 petang di laman web Kementerian Kewangan. -Bernama
No comments:
Post a Comment