KEMASKINI | Enam kanak-kanak
daripada sekumpulan 13 orang yang terperangkap dalam sebuah gua di
Thailand yang dipenuhi air telah berjaya diselamatkan.
Menurut Reuters, pihak berkuasa di utara wilayah Chiang Rai
memulakan misi berbahaya untuk membawa keluar 12 remaja dan seorang juru
latih pasukan bola sepak itu bermula jam 10 pagi tadi.
Agensi media tempatan pula melaporkan dua budak lelaki pertama dibawa
keluar dari gua Tham Luang antara 5.30 petang hingga 5.50 petang.
Menurut Bangkok Post kanak-kanak berkenan dan jurulatih
mereka akan dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh selama 24 jam
sebelum dibenar bertemu keluarga mereka.
Mereka sebelum ini terperangkap dalam gua berkenaan di sempadan Thai-Myanmar selama lebih dua minggu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment