(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan
tahniah kepada Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang
bertegas menuntut tindakan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Dr P Ramasamy yang dikaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan
Tamil Eelam (LTTE).
Beliau yang lebih dikenali denagn panggilan Dr Maza mendakwa, Individu
seperti Ramasamy dianggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama
dalam negara ini.
"Bahkan, organisasi LTTE itu telah diisytiharkan oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan pihak antarabangsa sebagai kumpulan pengganas. Ia
amat berbehaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang
berbeza dan mengkritik mereka.
"Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah
membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati. Semoga ALLAH
merahmati Pas, NGO-NGO dan semua individu yang bangkit dengan tegas
dalam isu ini. Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami," katanya dalam
catatan di Facebook miliknya, hari ini.
Sebelum ini Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan melahirkan
kebimbangan apabila Ramasamy dikatakan terlibat dengan kumpulan pemisah
LTTE.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ramasamy perlu disiasat]
Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,
pihaknya menerima 53 laporan berhubung isu Ramasamy yang sebelum ini
berkongsi gambar bersama anggota LTTE iaitu Vaiko atau V Gopalasamy.
Menurutnya, laporan itu diterima pihaknya dari seluruh negara termasuk laporan yang dibuat Ramasamy sendiri.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ramasamy, Vaiko: Polis terima 53 laporan]
Ltte telah dikalahkan oleh Sri Lanka ,Ada lagi ka
ReplyDeleteDah tkde isu utk diketengahkan, maka walaun dan macais pun capai apa saja isu, walau yg dah lapuk!!
ReplyDelete