
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), hari ini.
Pengumuman itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Azharuddin menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Anthony pagi ini.
Menurut Anthony, tindakan itu dibuat susulan laporan terbaru MH370.
“Beliau didapati tidak bersalah atas apa-apa kesalahan.
“Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau mengambil keputusan
untuk meletakkan jawatan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen,
hari ini.
Selain itu, Anthony turut menyentuh soal dapatan dalam laporan tersebut
yang menyentuh operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di mana
ia menyatakan pegawai bertugas tidak menepati prosedur operasi standard.
“Susulan itu, satu jawatankuasa siasatan dalaman akan dibentuk untuk
mengenal pasti tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang
bertanggungjawab,” kata beliau.
Menerusi surat Azharuddin itu tarikh letak jawatan itu berkuat kuasa 14
Ogos depan susulan hasil pasukan penyiasatan keselamatan MH370
mendapati wujud kepincangan prosedur operasi pusat kawalan trafik udara
Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment