Timbalan presiden PAS itu berkata ini disebabkan majoriti undi yang besar pada PRU14 lalu.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana.
KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Balakong.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini disebabkan majoriti undi yang besar dalam PRU14 yang lalu.
“Majoriti diperolehi terlalu besar. Kita tak nak habiskan masa rakyat lah untuk berkempen.
“Kecuali kalau kita rasa ada kepentingan sesuatu, baru kita buat
keputusan baharu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam PRU14 lalu, Ng Tien Chee (PH) memenangi kerusi Balakong dengan
memperoleh 41,768 undi berbanding Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) 6230
undi dan Lim Chin Wah (BN) 5874 undi.
Kekosongan kerusi DUN Balakong berlaku selepas penyandangnya Ng maut
dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, 20 Julai lalu.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September sebagai hari pengundian bagi PRK Balakong.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.
Mengulas mengenai pandangan orang ramai terhadap parti itu apabila
tidak bertanding dalam 2 PRK, Tuan Ibrahim berkata itu merupakan hak PAS
untuk bertanding di mana-mana.
“Kita pun bukan turun bertanding semberono sahaja. Tempat-tempat yang
kita rasa boleh turun, kita turun dan tempat yang kita rasa tak turun
kita tak turun.
“Jadi saya fikir kita tak terikat dengan apa-apa. Cuma kita ambil kira faktor lalu dan juga situasi semasa.”
FMT
Aik!!! Dulu kau kata, perjaangan parti kamu ialah nak melawan musuh Islam. Kenapa pulak awal-awal lagi dah beri isyarat negatif tentang pertandingan itu?
ReplyDeleteIngtkan mr presideng je yang konfius, tp kau pun konfius jugok ya!!
Bila pemimpin konfius, walaun-walaun dan yg bawahan apa tah lagi, terlebih lah konfius hingga hilang arah-tuju politik!!