Tuesday, July 17, 2018

Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya



Penduduk berang bunuh 292 buaya
Longgokan bangkai buaya yang dibunuh penduduk kampung bagi membalas dendam kematian seorang lelaki yang diserang reptilia terbabit. - Foto Antara

SORONG - INDONESIA. Sekumpulan penduduk di sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh 292 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai tindakan balas dendam selepas seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam kandang reptilia berkenaan.

Beratus-ratus penduduk kampung Aimas yang bersenjatakan pisau, parang dan cangkul masuk tanpa kebenaran ke ladang ternakan buaya terbabit pada Sabtu lalu selepas mangsa terbabit dikebumikan.

Menurut ketua Badan Konservasi Sumber Alam Indonesia di Papua Barat, Basar Manullang mangsa bernama Sugito, 48, dipercayai memasuki sebuah ladang ternakan buaya untuk mencari rumput bagi haiwan ternakannya sebelum dia diserang reptilia terbabit.

“Seorang pekerja ladang terdengar jeritan dan ternampak seorang lelaki diserang buaya,” kata Basar dalam satu kenyataan.
Ladang terbabit diberi lesen membiak buaya daripada spesies dilindungi untuk tujuan pemuliharaan dan komersial pada tahun 2013.

Namun salah satu syarat, adalah memastikan haiwan berkenaan tidak mengancam penduduk sekitar.
Pihak berkuasa mendakwa gagal menghentikan serangan berikutan jumlah penyerang yang terlalu ramai namun siasatan berhubung insiden sedang dijalankan. - Reuters/AFP

No comments:

Post a Comment