Thursday, July 12, 2018

'Sukar puaskan hati pentaasub agama'

 
   
Mantan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menegur PAS yang menolak pelantikan hakim kanan Tan Sri Richard Malanjum, seorang yang bukan beragama Islam sebagai Ketua Hakim Negara, berkata pandangan parti Islam itu tergolong sesuai dipakai 'pada zaman gelap' (pertengahan eropah).

Sri Ram menegaskan Malanjum, 65, juga seorang bumiputera, berkata "sukar memuaskan hati pentaasub agama (drunk with religion)."
"Anda tidak akan boleh memuaskan hati pentaasub agama. Adakah PAS pernah menghasilkan mana-mana tokoh termasyhur (dalam bidang) undang-undang?
"Reaksi golongan pentaasub ini hanya relevan pada Zaman Pertengahan, jika mereka sangat prihatin, maka mereka (PAS) perlu menyokong perdana menteri kita dalam memerangi rasuah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang berkata pelantikan Malanjum, hakim bukan Islam yang pertama dilantik ke jawatan itu sejak tahun 1963, telah mencetuskan keresahan di kalangan umat Islam.

Ini, khususnya selepas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Datuk Liew Vui Keong sebagai Menteri Undang-undang
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment