(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tambahan waktu mengundi selama 30 minit iaitu bermula jam 8
pagi hingga 5.30 petang dilaksanakan sempena PRK Dun Sungai Kandis 4
Ogos depan.
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, berkata, ia antara
salah satu daripada tiga penambahbaikan yang dibuat pihaknya.
Menurutnya, antara lain, SPR juga memutuskan untuk menambah 21 lagi
saluran mengundi di lokasi membuang undi yang ramai pemilih berdaftar di
kawasan itu.
"Daripada 88 saluran kita akan tambah menjadi 109 saluran bagi melancarkan lagi proses pengundian.
"Dua saluran untuk pengundi atas 60 tahun juga akan diwujudkan di
setiap tempat mengundi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan
calon PRK Dun Sungai Kandis, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Othman berkata, SPR menjangkakan sebanyak 80 peratus akan keluar mengundi pada PRK kali ini.
No comments:
Post a Comment