Di saat ratusan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (Sosma) mengadakan mogok lapar, Peguam Negara Tommy Thomas
memberi jaminan akta itu akan tetap dimansuhkan.
"Undang-undang itu akan dimansuhkan segera, tertakluk kepada rundingan dengan banyak kementerian. Cuma tinggal menunggu masa," katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.
Kebanyakan mereka yang ditahan bawah akta itu berikutan dakwaan terlibat dalam jenayah terancang.
Sejumlah 215 tahanan Sosma di penjara Sungai Buloh melancarkan mogok lapar sejak lapan pagi semalam bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan janji untuk memansuhkan Sosma.
Hari ini kira-kira 200 orang berkumpul di luar penjara itu, mendesak kerajaan membebaskan anggota keluarga masing-masing yang ditahan bawah akta itu.
Baca: Ratusan tahanan Sosma mogok lapar
Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas - dianggotai polis, Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) - bagi menyemak semula undang-undang keselamatan yang dikatakan menafikan hak asasi manusia.
Antara peruntukan Sosma yang dibantah banyak pihak adalah individu boleh ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

No comments:
Post a Comment