BIMA - INDONESIA. Penduduk Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat gempar
dengan kelahiran seekor anak kambing dengan satu mata tepat di atas
dahinya selain mulut, dagu dan hidungnya didakwa menyerupai manusia.
Keadaan luar biasa haiwan itu menyebabkan penduduk setempat tidak mahu
melepaskan peluang melihat dan mengambil gambar anak kambing menyerupai
manusia itu.
Pemiliknya, Khaidir berkata, anak kambing itu dilahirkan kelmarin dan
perkara paling mengejutkan adalah suaranya sama seperti tangisan bayi
manusia baru lahir.
"Saya baru menyedari tentang perkara itu selepas pulang dari masjid.
Pada awalnya, isteri saya menyangka ada bayi dibuang berhampiran rumah
kami. Setelah diperiksa, ia adalah suara anak kambing tersebut. Suaranya
sama seperti bayi manusia," jelasnya.
Isteri Khaidir yang pada asalnya takut akhirnya memberikan susu botol kepada anak kambing tersebut.
Difahamkan, ibu kambing tersebut melahirkan dua anak yang mana salah satunya adalah normal.
Kejadian aneh itu turut menjadi tular di media sosial. - Kompas.com
No comments:
Post a Comment