
Tun Dr Mahathir
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini mempersoal
kritikan sesetengah pihak mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi
Lembaga Khazanah Nasional Berhad.
“Saya terlibat...sebenarnya saya adalah orang yang memulakan Khazanah
dan kini mahu memacu pada landasan yang betul. Apa salahnya dengan saya
(dilantik ke jawatan itu)?.
“Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, saya tidak akan
menerima gaji RM7 juta,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, pelantikan baharu itu akan membantu Khazanah memberi fokus kepada beberapa isu tertentu.
Antara lain Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata
perlantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah itu dilihat
bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan sebelum ini yang tidak mahu
campur tangah politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 30 Julai lalu, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh
dan Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan
strategik negara itu.
Sebelum ini, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk
Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa
Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan
kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu
No comments:
Post a Comment