Wednesday, August 1, 2018

'Ellie, kau terlebih minum ketum ke?' - Cef Wan

 
    Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyelar sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya kerap bermain sandiwara kerana tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya, BN.

Bagi Chef Wan, Ellie tidak serik-serik tampil dengan teori sendiri dan terbaru mendakwa pembentukan kerajaan sekarang berlaku ekoran rakyat negara ini mempercayai fitnah-fitnah ditabur Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi, seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.
“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya dalam Instagram.

Kata Chef Wan, pengundi yang menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu pasti mengikuti dan memahami perkembangan situasi politik dalam negara.

Jelasnya, rakyat mengundi berdasarkan fakta, angka dan melihat bagaimana pencapaian kerajaan terdahulu yang terbabit pelbagai skandal.
“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.

“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya
Malaysiakini

1 comment:

  1. Teringin nak makan kat restoran chef wan di singapura..

    ReplyDelete