Anwar tiada hasrat untuk mengambil tindakan terhadap hakim dalam pensabitan kes liwat.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Para hakim yang terlibat dalam pensabitan kes liwat
“boleh tidur lena”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau tiada
hasrat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menjatuhkan hukuman
penjara ke atasnya.
Anwar mengulas kenyataan bekas peguamnya SN Nair yang menggesa
siasatan ke atas pensabitan itu kerana Agong memberikan pengampunan
penuh kepada bekas ketua pembangkang itu kerana wujud “ketidakadilan”.
Oleh itu para hakim yang mensabitkan kesalahan ke atas Anwar tidak
melaksanakan keadilan sebenar mengikut undang-undang dan gagal mendukung
sumpah kehakiman, kata Nair.
“Saya tidak bermaksud untuk ambil tindakan terhadap hakim yang lalu,
mereka boleh tidur lena sekarang. Tetapi kezaliman dan ketidakadilan
mesti diperbetulkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
pelancaran buku bertajuk Anwar Returns: The Final Twist” di Hotel
Hilton Kuala Lumpur hari ini.
Mengenai tuntutan berkaitan dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam
Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwanya dalam kes liwat 2, Anwar
berkata peguamnya sedang membuat permohonan meminta ia dipercepatkan.
“Saya harap mahkamah tidak akan menangguhkan kes ini. Kami akan
mengemukakan rayuan susulan keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah
persekutuan sebelum ini,” katanya.
Mahkamah Tinggi tahun lepas membatalkan tuntutan Anwar terhadap
kerajaan berkaitan dakwaan Shafee menerima wang itu daripada bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar diberikan pengampunan penuh dan semua tuduhannya dipadamkan
dari rekod sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan
pada Mei
FMT
anwar seorg yg pemaaf.. bagusslah mcm tu..
ReplyDeletebankami.blogspot.com