Ketua Setiausaha Chen Chaw Min berkata caj yang dikenakan bukan untuk sekotak ubat tetapi keseluruhan rawatan mengikut kitaran.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan caj
ubatan sebanyak RM400 dikenakan terhadap pesakit kanser di hospital
kerajaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min
berkata caj RM400 bukan caj untuk sekotak ubat Tamoxifen atau ubat
Letrozole sebagaimana yang disangkakan.
“Sebaliknya, ia adalah caj keseluruhan rawatan mengikut kitaran.
Rawatan kepada pesakit tersebut merupakan rawatan berterusan di mana caj
yang dikenakan adalah bagi setiap 4 minggu,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Caj rawatan itu berdasarkan garis panduan pengenaan caj yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM.
Baru-baru ini 2 isu dibangkitkan oleh The Star Online dan media
sosial berkenaan caj rawatan kelas pertama bagi pesakit rujukan swasta
bagi setiap kitaran rawatan kanser dan caj rawatan kelas ketiga bagi
pesakit luar rujukan kerajaan bagi setiap kitaran
anti-neoplastik/kanser.
The Star sebelum ini melaporkan pesakit kanser dimaklumkan untuk
membayar RM400 untuk ubatan yang boleh dibeli dengan kos yang lebih
murah di hospital swasta.
Manakala, pesakit kanser Zieyla Zaleha di Facebook beliau berkata
bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan ubat Tamoxifen bagi 6 bulan
atau 6 kitaran ialah RM300 di mana RM50 dibayar untuk 1 kitaran.
Dr Chen berkata bayaran yang dikenakan terhadap Zieyla adalah rawatan
radioterapi dan onkologi dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017
iaitu kadar caj pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi rawatan radioterapi
dan onkologi serta perubatan nuklear di mana ia berdasarkan caj pesakit
luar iaitu sebanyak RM50 bagi setiap kali rawatan.
Dr Chen berkata bayaran keseluruhan yang dikenakan (termasuk
perudingan, ubat dan kos tidak langsung) yang dikenakan kepada pesakit
kanser di semua hospital kerajaan termasuk Institut Kanser Negara (IKN)
adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos rawatan
seumpamanya di hospital swasta.
“Di samping itu, KKM ingin menyatakan bahawa hasil yang dikutip pada
tahun 2017 daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital
kerajaan adalah sebanyak 2.64% daripada kos yang ditanggung oleh
kerajaan.
“Justeru, persepsi sesetengah pihak bahawa hospital kerajaan mengaut
keuntungan dari pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan
adalah tidak benar dan tidak berasas,” katanya.
KKM berkata caj bagi rawatan kanser atau onkologi yang terkandung
dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 telah dikaji semula dan
pengemaskinian seperti dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017
telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM pada bulan Februari 2017. FMT
knp tak boleh diberikan perubatan percuma?
ReplyDeleteUnited Kingdom beri perubatan percuma kepada rakyatnya. aku taulah sbb aku dpt dental chk up setiap 6 bulan dan satu pembedahan gigi dihospital St Charles percuma. duit pendaftaran pun tak perlu bayar.
ada expat kena sakit jantung. hospital sini kata pembedahan tukar injap rm70k dan kena tunggu berbulan2 bulan. dia balik England buat pembedahan percuma dan dah boleh balik kerja sini.
aku perhatikan byk khidmat pakar telah dikeluarkan dr hospital kerajaan; dipindahkan ke hospital glc. Cth - hospital Selayang tak lg buat rawatan jantung sbb diambil alih oleh Uitm yg semi kerajaan. sekali scan kena rm400. org miskin mana mampu?
tolong ambil perhatian.