Wednesday, August 22, 2018

Mata wang Venezuela merudum teruk

Rabu 22 Ogos 2018

Daging
Reuters
Satu kilogram daging berharga 9,500,000 Bolivar -berapa kilogram wangnya sendiri kalau ditimbang?
Pada hari Isnin, Presiden Venezuela Nicolas Maduro menerbitkan mata wang baru untuk mengawal inflasi negara itu, yang tahun ini menurut perkiraan IMF akan mencapai 1,000,000% (satu juta peratus!).

Mata wang Bolivar Venezuela begitu merudum nilainya jadi hampir tidak berharga, menyusul kemerosotan ekonomi yang parah. Nilai US$1 kini boleh setara lebih dari 6.3 juta Bolivar (sekali lagi: itu untuk hanya satu dolar AS, yang setara paling mahal Rp14,500).

Nilai yang mata wuang rendahnya gila-gilaan itu mungkin hanya boleh dibandingkan dengan mata wang dolar Zimbabwe pada masa Robert Mugabe -yang di saat puncak hiperinflasi pada 8 November 2008, bahkan nilai tukar US$1 sama dengan 669billion Dolar Zimbabwe. Jadi mungkin orang Venezuela masih boleh mengatakan, bahwa nilai mata wang mereka masih 1000 kali lebih tinggi dibanding mata wang Zimbabwe di saat terburuk ekonomi negeri itu.

Betapa pun, nilai Bolivar Venezuela yang begitu rendah itu akan membuat anda jika misalnya sekadar hendak membeli daging ayam atau telor, harus mengangkut wang anda dengan gembolan (disarankan wang kertas saja, bukan wang logam). Itu kerana Venezuela belum mencetak wang kertas dengan nilai billion atau triliun seperti Zimbabwe masa itu.

Untuk menunjukkan sejauh hiperinflasi telah mencengkeram negara ini, fotografer Reuters Carlos Garcia Rawlins membuat berbagai foto, seperti makanan sehari-hari dan barang-barang keperluan rumah  yang disandingkan dengan jumlah wang yang diperlukan untuk membelinya.

Di gambar atas, anda sudah tahu berapa harga daging lembu. Kita lanjutkan dengan daging ayam.
Daging ayam seberat 2.4kg di ibukota, Caracas, harganya setara US$2.22.   Namun dalam mata wang Bolivar Venezuela, harganya 14,600,000 (empat belas juta enam ratus ribu!) Bolivar.
Harga sepotong ayam
Reuters
wang yang diperlukan untuk membeli daging ayam seberat 2.4kg   adalah 14.6 juta Bolivar, yang tidak akan boleh masuk dompet.
Khamis lalu, harga satu gulung tisu tandas adalah sebesar 2,600,000 (2.6 juta) Bolivar. Dan seperti terlihat pada foto: wang kertas yang diperlukan untuk mendapatkan satu gulung kertas tisu WC itu bahkan ukurannya lebih besar -padahal wang kertas itu menggunakan bahan yang jauh lebih bagus mutunya, lebih kuat, dan masih perlu dicetak dan memerlukan tinda, mesin air, elektrik, dsb.
Mungkin ada yang berfikir, dibanding menggunakan kertas tandas itu, ya wangnya saja...
Tisu toilet
Reuters
Harga satu gulung tisu tandas adalah sebesar 2.6 juta Bolivar -kertas tisu itu dan wang kertas yang diperlukan untuk membelinya, ketika disandingkan mungkin akan membuat anda berubah fikiran sebelum pergi ke warung.
Anda perlu 3 juta Bolivar untuk membeli 10 biji carret  ini 
Wortel
Reuters
Diperlukan wang sekitar 3 juta Bolivar untuk membeli carret ini.
Orang-orang Venezuela telah menimbun persediaan sembako di rumah-rumah mereka, sebelum pemberlakuan mata wang baru, kerana cemas bahwa sistem perbankan yang sarat beban dan membingungkan boleh membuat perdagangan mustahil terjadi dan barang-barang bisa langka.
Nah, bagaimana dengan 1kg beras? Anda boleh memperolehnya dengan harga 2.5 juta Bolivar.
Beras
Reuters
Beras 1kg dijual dengan harga 2,500,000 Bolivar.
Pada bulan Julai tahun ini inflasi mencapai 82.700%.
Alicia Ramirez, 38 tahun, seorang karyawati kantoran, berbicara kepada Reuters di sebuah supermarket di kota Maracaibo, di bahagian barat negeri itu: "Saya datang untuk membeli sayuran, tetapi saya pulang saja kerana tidak mau beratur sepanjang itu."
"Orang-orang menjadi sinting," tandasnya.

Untuk membeli sebungkus pembalut keperluan perempuan, anda memerlukan wang 3.5 juta Bolivar 
Pembalut wanita
Reuters
Harga sekilo tomato? Boleh mencapai 5 juta Bolivar 
Tomat
Reuters
Hari Isnin diumumkan sebagai hari cuti nasional dan internet banking pun berhenti beroperasi selama beberapa jam. Lalu serangkaian wang kertas baru diterbitkan.
Sebelum itu, Bolivar lama masih laku, namun dengan nilai begitu payah, sehingga, contoh lagi, untuk satu kilogram keju yang dengan Dolar Amerika boleh dibeli dengan 2.5 dolar. Anda perlu membawa wang Venezuela sebanyak 7.5 juta Bolivar.
Keju
Reuters
Untuk keperluan si kecil, pampers bayi, harganya 8 juta Bolivar.
Popok
Reuters
 Tribunnews

No comments:

Post a Comment