
RSN Rayer
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menerima amaran akhir
daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan
perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini.
Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’
ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana
gagal membela kebajikan anggota polis.
“IPD Timur Laut merupakan yang terbesar di Pulau Pinang di mana anggota
polis menggunakan kipas angin kerana penghawa dingin telah rosak tidak
diperbaiki sejak lima tahun lalu kerana tidak ada wang.
“Tapi isteri Pekan masih boleh mengimport intan dan berlian masuk ke
Malaysia tanpa GST, anggota polis yang kawal keselamatan di Malaysia
tidak diberi perhatian, kononnya BN membela anggota polis dan tentera
‘kepala bapak mereka,” kata Rayer ketika bangkit mencelah ucapan
pergulungan titah Agong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis
Jamman.
Kenyataan itu sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan.
Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan tegas mendesak perkataan ‘kepala bapak’ itu ditarik balik.
“YB Jelutong ada di dewan ini sudah tiga minggu tapi saya perhati
beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap.
“Saya minta beliau tarik balik perkataan kepala bapak, soal nak bela
anggota polis itu tidak ada masalah tapi jangan guna perkataan yang
boleh menyinggung perasaan orang lain, berhujah guna fakta,” katanya.
Bagaimanapun Rayer kemudian mempertahankan tindakannya dengan
mengatakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak juga pernah
melakukan perkara sama.
“Saya hanya ikut Pekan, saya tidak akan tarik balik,”katanya.
Pada masa sama, ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar turut
mendesak Rayer menarik balik perkataan ‘kepala bapak’ itu.
“Saya dari Tanjong Katang, saya bela polis Tanjung Karang dengan
memberi peruntukkan untuk naik taraf balai polis, jangan beri contoh
satu tempat sahaja tengok keseluruhan, kita buat balai
Polis Sungai Petani semasa saya menjadi timbalan menteri, jangan biadap, saya tengok YB memang kurang ajar,”katanya.
Susulan itu, Kor Ming mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan kurang sopan tersebut.
“Saya memperhalusi pendebatan Jelutong, niat Jelutong baik
membangkitkan isu kebajikan anggota polis tetapi perkataan yang ditutur
kurang sopan itu saya minta tarik balik perkataan kepala bapak.
“Perkataan dituntut tidak senonoh dengan kemulian Dewan Rakyat, wajib
kita elakkan,kita beri peluang Jelutong orang baru,harap beliau balajar
dengan cepat,orang berbudi kita berbahasa dan hari ini saya maafkan,
jangan ulang lagi, jangan paksa saya guna kuasa saya ambil tindakan,”
katanya
No comments:
Post a Comment