Sunday, August 19, 2018

Pejabat menteri jangan jadi sarkas

Sinar Harian
Pejabat menteri jangan jadi sarkas
Md Shukri Shuib (kanan).
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Setiap menteri perlu memandang serius teguran dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui segelintir ahli Kabinetnya masih bersikap pembangkang meskipun sudah menjadi kerajaan.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata pemerkasaan terhadap ahli Kabinet perlu bermula di pejabat masing-masing yang merupakan institusi utama dalam mencorak imej menteri tersebut.
Katanya, pejabat menteri tidak harus dijadikan seperti sarkas kerana ia merupakan institusi penting dalam pentadbiran.

“Tun M ini cukup terbuka dan mahukan menteri yang efektif, efisien serta peka dengan keperluan institusi serta rakyat. Jadi, saya harap menteri termasuk pejabat menteri itu perlu diperkasakan, jangan jadikan pejabat menteri itu macam sarkas

No comments:

Post a Comment