Zainudin Maidin berkata demikian selepas Nurul Izzah
Anwar mengutuk keras pelantikan Rahim Noor sebagai fasilitator baru
rundingan damai selatan Thai.
PETALING JAYA: Tan Sri Zainudin Maidin meminta Naib Presiden PKR Pauh
Nurul Izzah Anwar supaya bersikap lebih matang dan profesional
berhubung pelantikan bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd
Noor sebagai fasilitator baru rundingan damai selatan Thai.
Bekas menteri penerangan itu berkata Nurul Izzah sepatutnya melupakan
perkara yang berlaku terhadap bapanya, lebih-lebih lagi ia melibatkan
keselamatan banyak nyawa di Thailand ketika ini.
“Ini bukan soal keselamatan individu, ini adalah soal perdamaian untuk menamatkan keganasan.
“Saya rasa kalau Rahim sudah minta maaf, saya rasa dia patut lupakan sahaja.
“Tak usah dibangkitkan balik luka yang lama, sudahlah dan kita lupakan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, Zainudin yang dikenali sebagai Zam berkata Nurul Izzah
hanya “fikir” tentang mata lebam bapanya sahaja apabila membantah
pelantikan Rahim.
“Jasa lebih besar Rahim jayakan rundingan damai PKM Malaysia dan Thai
untuk kepentingan rakyat dia tak nampak. Tak payahlah korek luka lama,”
tulisnya di Twitter.
Hari ini, Nurul Izzah mengutuk keras pelantikan Rahim selepas kejadian “mata lebam” yang menimpa bapanya.
“Saya membantah keras pelantikan penyerang ganas seorang lelaki tidak
bersalah yang terbaring dengan mata bertutup dan tangan bergari –
terbiar tanpa perhatian perubatan selama beberapa hari.
“Dunia kemudiannya dibohongi mengenai keberadaan dan keadaan mangsa. Persendaan keadilan yang sangat menjijikkan.”
Rahim menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang dilantik
oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sebagai fasilitator rundingan
damai antara Bangkok dengan pejuang Islam di selatan Thai.
Beliau merupakan ketua polis negara pada 1998 apabila pemimpin PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dan diserang ketika dalam tahanan
oleh Rahim sendiri.
Berikutan penahanannya pada 20 September 1998, Anwar memeranjatkan
rakyat Malaysia apabila muncul di mahkamah dengan mata lebam walaupun
sebelum itu Rahim memberi jaminan bekas timbalan perdana menteri itu
berada dalam keadaan selamat dalam tahanan polis.
Semasa perbicaraannya, Rahim memberitahu mahkamah beliau diprovokasi
oleh Anwar. Beliau bagaimanapun didapati salah dan dijatuhi hukuman
penjara 2 bulan.
Pada 2005, Rahim meminta maaf atas tindakan itu kepada Anwar dan keluarganya.
Mengulas lanjut, Zam berkata Rahim sememangnya dilihat sebagai orang
yang paling layak untuk memainkan peranan dalam usaha rundingan damai di
selatan Thai.
“Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Thailand dan ini akan memudahkan kerjanya.
“Malah lebih penting, beliau juga pakar dalam soal keselamatan.”
Tentulah Zam ...bukan kau yang lebam mata..
ReplyDeleteSenang bercakap kerana tidak kena pada kau..!!
Mamat tu mana boleh dimaafkan, bertindak ganas dgn sengaja ke atas seorang insan yg kedua-dua tangannya sedang digarikan.
ReplyDeleteHaa betol
ReplyDeleteDasyat Politik kau ni Maiden
ReplyDelete