PETALING JAYA: Kira-kira 100 orang khalayak umum menyaksikan sepasang
kekasih lesbian dihukum sebat di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu,
hari ini.
Berita Harian melaporkan pesalah itu yang masing-masing berumur 22
dan 32 tahun disebat sebanyak 6 kali setiap seorang di hadapan Ketua
Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie
Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada jam
10.00 pagi.
Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di
negeri ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam
Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Turut hadir menyaksikan hukuman itu ialah ahli Yang Dipertuan DUN,
Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian
Tinggi, Satiful Bahri Mamat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad
Hashim; keluarga pesalah; wakil badan peguam; badan bukan kerajaan (NGO)
dan wakil media.
Pada 18 Ogos lalu, pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak
RM3,300 setiap seorang dan 6 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap
pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen
yang sama kerana musahaqah.
No comments:
Post a Comment