(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron)
akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran
memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular
di media sosial, Khamis lalu.
Petron dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan permohonan menjadi
pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November
tahun sama.
“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan
Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada
bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.
“Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal
bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui
proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan
api hanya pada bulan Ogos 2018,” katanya.
Khamis lalu, tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan
mendapat perhatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam
syarikat itu.
Pada tahun 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron
Malaysia) mengesahkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan tidak memiliki
sebarang saham atau peranan dalam syarikat tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron]
[ARTIKEL BERKAITAN : Petron bukan pembekal tunggal buat kerajaan]
Sementara itu dalam kenyataan sama Petron berkata syarikatnya telah
melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang
telus seperti digariskan oleh Kementerian Kewangan sama seperti syarikat
serta pembekal bahan api lain.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas
kepercayaan dan keyakinan melantik Petron sebagai salah satu pembekal
bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018
yang lalu.
“Kami juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat
dalam industri petroleum. Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan
bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami,” katanya.
Petron juga akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran
minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang
penapisannya mengukuhkan keupayaan logistik dan mengembangkan rangkaian
stesen.
Pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.
Dalam pada itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan menjelaskan
Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan
kerajaan kerana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia
masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.
Wokey..Petron
ReplyDeleteLalat sentiasa mencari dan menghidu kudis....
ReplyDeleteLalat sentiasa mencari dan menghidu kudis....
ReplyDelete...hanya yang berperangai buruk akan bersangka buruk.
ReplyDelete