Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju
Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah
menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.
Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli
jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.
Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu
surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk
merasmikan cawangan itu.
"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk
menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya
meminta mereka untuk datang semasa pelancaran," katanya dalam satu mesej
teks kepada Malaysiakini.
Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk
mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak
ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai AMANAH.
Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang
untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi
sebaliknya beliau dialu-alukan.
Pada Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes
jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar
di Seremban.
Malaysiakini
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment