Tuesday, September 4, 2018

Dr M: Sukar pulihkan negara, tetapi saya akan cuba sedaya upaya

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada
 rakyat kerana menaruh kepercayaan kepadanya untuk memulihkan negara, 
tetapi beliau mengakui dirinya hanya manusia biasa yang turut mempunyai “kelemahan”.

Beliau bagaimanapun berjanji akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan negara.
“Saya berterima kasih kalau rakyat berasa saya buat benda yang sukar dilakukan. Memulihkan negara bukan kerja mudah.
“Dahulu saya jadi perdana menteri pada 1981, keadaan jentera kerajaan bersih dan berjalan baik. Tetapi, sekarang ini macam-macam rintangan berlaku,” katanya dalam temubual bersama RTM yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdana menteri berkata, sokongan rakyat amat diperlukan dan proses pemulihan negara akan lambat berdepan gangguan.
Katanya, jentera kerajaan dan kementerian turut mengalami kerosakan secara keseluruhan disebabkan amalan rasuah.

“Kita dapati pegawai-pegawai juga terlibat dalam rasuah secara besar-besaran, mereka terikat dengan kesetiaan kepada parti, bukan negara.
“Sebab itu banyak badan pentadbiran dibentuk semula dan kita ambil masa sedikit untuk bersihkan kementerian.
“Ramai pegawai digugurkan dan diganti dengan yang baru, yang cekap dan berpengetahuan.”

No comments:

Post a Comment