KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali terkilan dengan
kenyataan bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar yang menyatakan
orang
Melayu kini sudah menjadi penakut.
Ibrahim, yang sering memperjuangkan isu Melayu berkata, orang Melayu
bukan penakut sebaliknya diajar untuk tidak bertindak
sewenang-wenangnya.
“Sekiranya Islam diperkotak-katikkan dan kita tidak buat apa-apa,
kita dikatakan bangsa penakut, tetapi kita diajar tidak bertindak
sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa
hari ini.
Semalam, Hanif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata orang Melayu kini tidak berani mempertahankan hak mereka.
Hanif mengambil contoh peristiwa siaran akhbar berbahasa Cina
daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang disifatkannya satu kesalahan
dan wajar diprotes.
Ibrahim bagaimanapun berkata sememangnya ada isu yang menguji tetapi
masyarakat Melayu mengawal perasaan agar keadaan tidak bertukar buruk.
Beliau memberi contoh sikap prejudis terhadap Islam seperti
pertikaian dalam soal hukuman terhadap kes lesbian di Terengganu
baru-baru ini.
“Soal sebatan syariah ini katanya zalim tetapi sebatan mengikut cara
sivil sudah lama dilakukan dan tidak ada yang bising. Prejudis terhadap
Islam tebal sekali.
“Cumanya, nasib baik orang Melayu memahami dan dapat kawal perasan,
tidak bertindak balas dengan cara yang boleh gugat keselamatan negara,”
katanya.
Dalam isu lain, Ibrahim merayu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) meluluskan pendaftaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
(Putra) dengan segera.
“PPBM sebelum ini diluluskan dalam tempoh sebulan maka saya jangka
dengan kerajaan baru ia akan jadi lebih cepat daripada kerajaan BN
kerana kerajaan ini terbuka,” katanya.
No comments:
Post a Comment