Tuesday, September 25, 2018

Pak Ngah meninggal dunia

 
   
Dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang lagi komposer berbakat besar.
Hari ini Datuk Suhami Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 3 petang tadi di Batam, Indonesia.

Berita dukacita itu disahkan salah seorang penyanyi yang banyak menyampaikan lagu-lagunya, Noraniza Idris.

Memetik Noraniza Utusan Online melaporkan dia dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer berkenaan, Megat.
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke tanah air esok.
Sementara itu, seorang lagi anak Pak Ngah yang dikenali dengan nama Rina enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sebaliknya Rina meminta agar semua pihak memberi kerjasama dan ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.
Pejuang lagu-lagu irama Malaysia itu terkenal dengan karya seperti Cindai, Balqis, Ya Maulai, Hati Kama dan Nirmala yang hingga kini masih mendapat tempat istimewa di hati peminat seni hiburan tempatan.

Komposer popular itu sedang bercuti bersama beberapa ahli keluarga di Indonesia dan sepatutnya pulang ke tanah air hari ini.

No comments:

Post a Comment