PETALING JAYA: Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO)
menunjukkan 3 negara Arab memiliki rakyat paling “malas” di dunia.
Stepfeed memetik laporan The Lancet berkata rakyat Kuwait, Arab Saudi
dan Iraq direkodkan memiliki kadar tertinggi tidak aktif fizikal di
dunia, termasuk Samoa Amerika, sebuah wilayah di Amerika Syarikat yang
terletak di Lautan Pasifik Selatan.
Laporan itu berkata data daripada 358 kaji selidik berasaskan
penduduk di 168 negara dari 2001 hingga 2016 menunjukkan Kuwait
mempunyai kadar tertinggi tidak aktif fizikal di dunia iaitu 67%.
Ia diikuti Samoa Amerika dan Arab Saudi dengan kadar 53%, manakala Iraq mencatatkan kadar 52%.
Laporan itu juga mendapati golongan wanita mencatatkan aktiviti fizikal lebih rendah berbanding lelaki dari 159 negara.
Antara faktor lain, laporan itu menyebut “norma budaya, peranan
tradisional, atau kurang sokongan sosial dan masyarakat” sebagai punca
kurangnya aktiviti fizikal dalam kalangan wanita.
Menurut WHO, Jordan mencatatkan kadar tidak aktif fizikal paling
rendah di Asia Tengah, Timur Tengah, dan Afrika Utara, dengan kadar
11.9%.
Kajian juga mendapati 28% orang dewasa di seluruh dunia tidak aktif
secara fizikal dengan tahap ketidakaktifan tidak bertambah sejak 2001.
WHO turut memberi amaran terhadap bahaya ketidakstabilan fizikal
kepada kesihatan dengan memberi contoh penyakit kardiovaskular, beberapa
jenis kanser dan diabetes, serta kesihatan mental.
No comments:
Post a Comment