(Ubah saiz teks)
MULA bekerja di lorong seusia 12 tahun, ditinggalkan
oleh ibu di tepi jalan, hanya ditemani sebotol susu, lima helai lampin
bersama surat beranak.
Itu antara perkongsian komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) bersama penceramah bebas, Ebit Lew yang mengambil pendekatan
bersama mereka dalam kemMakNyah.
Menerusi Instagram peribadinya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun
Pau, melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan
tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah
kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja
malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.
Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil
setelah ditinggalkan ibunya di tepi jalan sehingga dirinya kekeringan
air mata.
Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.
Kata Mas menerusi video di Instagram Ebit Lew, dia memberitahu telah
mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya
walaupun tidak pernah berjumpa.
"Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini
memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.
"Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat
beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka," katanya.
Selain itu, menerusi Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi turut memuat naik video tersebut hingga tular di media sosial.
Sehingga artikel disiarkan, video berdurasi 2.05 minit itu meraih 173,
000 tontonan, 4,900 tanda suka, lebih 1,000 maklumbalas dan hampir 7,000
perkongsian dari netizen.
No comments:
Post a Comment