Masakan tidak, pada pukul 3.25 petang tadi, beliau muncul di pekarangan utama bangunan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam.
Kecuali
dirinya memang meminati model itu, ia pastinya tidak kena dengan
kedudukannya sebagai bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara ketika
pentadbiran BN.
Apatah lagi Kementerian Kewangan baru saja
mendedahkan pendapatan yang diterima Irwan sepanjang menjadi penjawat
awam, di Dewan Rakyat.
Menurut jawapan parlimen menterinya Lim
Guan Eng semalam, Irwan menikmati gaji sebanyak RM2,944,095.61 juta
sepanjang kira-kira tujuh tahun di Perbendaharaan.
"Maklumat ini
adalah emolumen sebagai ketua setiausaha perbendaharaan sahaja, tidak
termasuk pendapatan lain seperti elaun ahli lembaga pengarah yang jauh
lebih besar," kata Lim yang kemudian memaklumkan Irwan memegang jawatan
sebagai pengarah, pengerusi eksekutif dan pengarah bukan bebas bukan
eksekutif di 23 syarikat bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Bagi
tempoh 2012 hingga Jun 2018, katanya lagi, Irwan mendapat
RM3,867,667.92 menerusi kedudukannya sebagai ahli lembaga pengarah di
syarikat-syarikat itu.
Ia menjadikan jumlah terkumpul kira-kira RM7 juta sepanjang tujuh tahun perkhidmatannya.
Irwan ke SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung urus niaga 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).
Beliau ditahan di lokap SPRM dan difahamkan akan didakwa
- bersama-sama Datuk Seri Najib Razak - di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
berkaitan urus niaga 1MDB dengan IPIC, kes berkaitan BR1M dan dana
pencen. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment