IPOH:
Seorang lelaki direman 7 hari mulai hari ini, selepas dipercayai
membunuh bapa sendiri dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa
kepada 6 bahagian di Kampung Kanthan Baru, semalam.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun itu dikeluarkan
Majistret Siti Salwa Ja’afar di sini yang membenarkan permohonan polis
untuk membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Yahya Abdul Rahman
berkata, suspek dipercayai berbuat demikian selepas berang ditegur
bapanya yang berusia 74 tahun kerana menghisap dadah di dalam rumah
mereka.
Katanya, kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka,
manakala bahagian badan pula dibuang di lubang pembetungan sedalam 5
kaki.
Yahya berkata, siasatan di tempat kejadian menemui sebilah parang
sepanjang 0.6m di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat
badan mangsa.
FMT
No comments:
Post a Comment