Tuesday, November 13, 2018

Dakwaan laporan audit 1MDB dipinda tetap disiasat

 
    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menangguhkan semua prosiding yang berkaitan dengan perbicaraan 1MDB di mahkamah.
Bagaimanapun, prosiding terhadap Laporan Pengauditan 1MDB yang dikatakan telah dipinda akan tetap diteruskan.
Pengerusinya, Dr Ronald Kiandee berkata, penangguhan itu dipersetujui setelah perbincangan dilakukan dengan Peguam Negara Tommy Thomas.

“Prosiding 1MDB tidak akan dibuat, walaupun ada usul di parlimen untuk itu, dan perkara itu telah kita maklumkan kepada speaker.
“Penagguhan itu dilakukan secara sine die,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di Parlimen hari ini. 

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh bagaimanapun berkata, prosiding terhadap Laporan Pengauditan 1MDB yang dikatakan dipinda akan tetap diteruskan. 

“Pada perjumpaan kita dengan peguam negara pada 2 Nov lalu, apabila kita memberitahu bahawa siasatan kita yang pertama adalah berkenaan dengan laporan yang dikatakan dipinda tersebut, beliau mengatakan dengan jelas bahawa tidak ada masalah dan tidak ada isu berkenaan dengan subjudis dan juga prejudis. 

“Sebagai permulaan, PAC akan mengadakan prosiding pada 4,5, dan 6 Dis ini untuk menyiasat berkenaan dengan isu ini,” katanya.
Pada prosiding itu nanti, dua saksi akan dipanggil iaitu bekas ketua audit negara Ambrin Buang dan ketua audit negara sekarang Dr Madinah Mohamad untuk membantu siasatan. 

Berkaitan dengan penyiasatan lain yang sedang dalam perbicaraan mahkamah, beliau berkata ia akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment