Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPSM) telah menyoal siasat
bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, lapor portal The Star Online hari ini.
Ia
berhubung isu pembelian 22.5 hektar tanah kerajaan berharga RM2 bilion
oleh bank pusat berkenaan pada Jan tahun ini yang didakwa bagi
menyelamatkan 1MDB.
Memetik sumber SPRM, laporan itu mengatakan pegawai-pegawai lain di bank pusat itu turut dipanggil untuk disoal siasat.
"Kami
telah merekodkan keterangan beliau dan daripada ramai pegawai BNM lain.
Siasatan SPRM menjurus mengenai penjualan tanah (kepada BNM).
"Mengenai
isu sama ada jualan itu dilakukan dengan cara yang betul, itu
bergantung kepada siasatan bank pusat sendiri," kata sumber itu.
Bank
Negara sebelum ini mengatakan ia sedang menjalankan siasatan dalaman
mengenai jualan tanah berkenaan dan beberapa "pegawai yang berkaitan"
telah diminta bercuti sementara siasatan dilakukan.
Siasatan SPRM tidak akan mengganggu siasatan bank pusat itu, kata sumber tersebut.
"Jika
BNM mahu menyiasat pegawainya sendiri, itu adalah siasatan dalamannya
sendiri. Kami tidak akan campur tangan,"sumber itu dipetik sebagai
berkata.
The Star Online melaporkan Muhammad disoal lebih daripada sekali.
Pada
bulan Jun tahun ini, Muhammad menawarkan diri untuk meletak jawatan
selepas berkhidmat lebih dua tahun, meskipun tempoh perkhidmatannya
masih berbaki tiga tahun lagi.
Beliau menafikan membantu kerajaan
BN membayar balik hutang 1MDB dengan menyatakan tidak mempunyai kawalan
ke atas bagaimana kerajaan berhasrat membelanjakan hasil daripada jualan
plot tanah berkenaan.
BNM berkata ia memperoleh tanah itu, yang
terletak bersebelahan kompleks Sasana Kijang di Kuala Lumpur bagi
menempatkan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi
Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam.
Muhammad
kemudian digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bekas pegawai
Bank Negara yang telah menyiasat isu 1MDB pada tahun 2015
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment