Anggota parlimen BN membangkitkan isu pembelian banglo Lim Guang Eng
bawah harga pasaran ketika menteri kewangan membentangkan Belanjawan
2019 hari ini.
Perkara itu dibangkitkan ketika Lim mengumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menyiasat
kekayaan
luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang mewah seperti
barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.
September
lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim dan ahli perniagaan
Phang Li Khoon daripada pertuduhan rasuah dalam kes pembelian banglo
itu.
Lim memperoleh hartanah itu ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini.
Setiausaha agung DAP itu mendakwa menjadi mangsa pendakwaan terpilih semasa pentadbiran lama Datuk Seri Najib Razak di era BN.
Hari
ini, lebih kurang lima minit berucap membentangkan belanjawan, Lim
diganggu oleh anggota Dewan Rakyat BN ketika berterima kasih kepada
rakyat Malaysia kerana menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan
"kleptokrat".
Ucapan itu mengundang sorakan 'boo' dan sorakan
anggota parlimen BN sehingga memaksa speaker Mohamad Ariff Md Yusof
campur tangan menenangkan keadaan.
Di Penghujung ucapan, Datuk
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkata belanjawan kali ini hanya amalan
penjenamaan semula dengan banyak “salin dan tampal”.
Ketika
pertikaman lidah anggota parlimen pembangkang dan kerajaan, seseorang
dari pihak BN melaungkan perkataan “Nobita” - watak utama dalam kartun
popular Jepun, Doraemon.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment