PETALING
JAYA: Empat nelayan Indonesia mendakwa melihat
sendiri MH370 di Selat
Melaka berdekatan Pangkalan Susu,
Sumatra Utara berdekatan sempadan
Acheh, sebelum pesawat tersebut hilang secara misteri bersama semua 239
penumpang dan anak kapal 5 tahun lalu.
Seorang daripada nelayan tersebut, Rusli Kusmin, 42, mendakwa melihat
pesawat tersebut ketika sedang menangkap ikan di laut pada 6.30 pagi 8
Mac 2014.
“Ketika saya sedang menaikkan semula bubu, saya ternampak sebuah
pesawat dalam jarak 2 kilometer sedang bergerak seperti layang-layang
melepasi kapal saya. Tiada bunyi enjin kedengaran, hanya asap tebal yang
keluar sebelum pesawat itu terhempas dalam air.
“Saya dan kru cuba mencari pesawat itu sepanjang hari itu tetapi
tidak menemuinya. Beberapa hari kemudian kami sekali lagi cuba
mencarinya tetapi tetap tidak menjumpainya juga,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia berjaya merakam kejadian tersebut bersama
bacaan sistem pengesanan global (GPS) iaitu kedudukan badan atau
bayangan pesawat yang tenggelam dalam lautan itu.
Disebabkan kekangan alat teknologi tinggi dan alat sonar yang
digunakan adalah untuk mengesan ikan sahaja, Rusli memberitahu pihak
berkuasa supaya bertindak segera, tetapi tidak membuahkan hasil.
Akhirnya, Rusli mendapat perhatian Persatuan Subang dan Shah Alam
Selangor (CASSA) yang melakukan penyelidikan sendiri mengenai kehilangan
pesawat MH370 menggunakan bantuan peralatan sekuriti lama serta
mendapat pandangan pakar penerbangan dari Malaysia, Kanada, Amerika
Syarikat, Indonesia dan Korea Selatan.
Presiden
persatuan tersebut, Datuk Jacob George mendedahkan hasil daripada
kajian yang dilakukan, pihaknya berjaya menemui Rusli dengan bantuan
kerajaan dan ahli politik Indonesia.
Kata Jacob, pihaknya juga menghantar hasil kajian penuh kepada
perdana menteri dan berharap kerajaan Malaysia bertindak memulakan
operasi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka berdekatan Sumatra.
“Ini satu penemuan yang belum diterokai lagi, sebab itu saya merayu
kepada kerajaan supaya laksanakan operasi di kawasan tersebut
No comments:
Post a Comment