11/3/18
Lelaki itu tak henti memaki pemandu bas hingga akhirnya menggigit wajah (Foto: South China Morning Post)
XIAN – Polis Xian, China, berhasil
menangkap seorang lelaki yang menggigit muka seorang pemandu bas pada Rabu 7
Mac. Lelaki itu dipercayai kesal terhadap tariff yang dikenakan oleh pemandu bas hingga terlibat perseteruan.
Pelaku diketahui naik bas di Xian, Provinsi Shaanxi, bersama dua
orang rakannya pada Rabu 7 Mac siang waktu setempat. Ketika naik bas, ketiga
orang tersebut dalam keadaan mabuk usai menenggak minuman keras.
“Mereka bertiga mabuk,” ujar pemandu bas yang hanya diketahui bernama Zhang, melansir dari South China Morning Post, (11/3/2018).
Ketika Zhang meminta mereka untuk masing-masing membeli tiket
bas, pelaku yang mengenakan coat cokelat panjang langsung mendekati pemandu itu. Lelaki itu kemudian memaki-maki Zhang dan melakukan kekerasan
fizikal.
“Dia mulai berteriak dan memaki saya. Dia terus mencaci tanpa henti.
Saya tidak boleh melakukan apa-apa selain menghentikan bas. Namun, ketika
berhenti dia malah mulai memukul,” imbuh Zhang.
Lelaki itu menampar wajah Zhang dan sempat memukul penumpang lain
yang cuba menghentikan aksinya. Tak berapa lama, lelaki itu bersandar di
tubuh Zhang dan menggigit wajah pemandu bas itu . Zhang sama sekali tidak
melawan dan hanya menghindari lelaki itu ketika mencuba meninggalkan bas.
Penumpang lain yang melihat keributan itu langsung memanggil
polis . Ketiga orang itu langsung ditahan oleh polis untuk diminta
keterangan. Sementara Zhang yang wajahnya berlumuran darah, harus dibawa
ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment