Saturday, February 26, 2011
Jui Meng mengaku pernah takutkan orang Cina dengan Pas
TEMERLOH - Datuk Chua Jui Meng, Naib Presiden PKR, memberitahu ketika beliau di dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong Pas
Beliau pernah berkata jika Pas memerintah orang Cina akan disunat dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.
Ketika berceramah di hadapan 12,000 orang penyokong di Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin, beliau mengaku telah bertaubat dan tidak akan membuat penipuan yang sama.
Katanya semasa beliau dalam MCA kerap berkempen kepada orang Cina supaya jangan sokong Pas, sebab Pas nak bina negara Islam.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata orang Cina sekarang dah ramai sokong PAS. Ini terbukti dengan keputusan pilihanraya 2008. Katanya lagi orang Cina sekarang tidak boleh ditipu atau ditakut-takutkan lagi. Mereka tetap akan sokong Pas
Bekas Timbalan Presiden MCA selanjutnya menceritakan tentang Hosni Mubarak yang jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion, sedangkan rakyat rata-rata miskin, sebab itulah mereka bangun memberontak.
Katanya " apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu".
Katanya lagi " persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah". Semasa beliau mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu katanya "kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20. tetapi sekarang indek rasuah berada di kedudukan 57".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment