Friday, February 25, 2011

Jom ke Sauna


Pernahkah anda ke ‘Sauna’. Apa anda rasa setelah keluar dari Sauna. Segar kan ?
Hadoiii, nikmat betul. Ia adalah salah satu pusat kesihatan. Duduk dalam tu, mandi wap.
Kalau dok di rumah, mandi air panas je lah.

Orang yang banyak duit bolehlah enjoy di sauna hotel. Yang sengkek macam saya ni pi spa je lah.

Masuk sauna ni banyak faedahnya. Antaranya :

1. Di situ kita akan rasa lega. Fikiran tenang, jiwa pun tenteram, hati damai.
2. Setiap kali sessi mandian sauna akan membakar 3000 kalori. Woi dahsyatnya. Secara tak langsung ia boleh menurunkan berat badan. Anda gemuk ke.
3. Hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh boleh menyahkan toksin yang menerusi liang-liang peluh. Tau aje kan toksin ni. Badan tak perlukan dia.
4. Kulit akan lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna dan otot pula menjadi kendur . Tak payah la dok pi mengurut lagi. Tapi urutan lagi hebat kan . Habis kendur urat saraf. Nikmat.
5. Mandian sauna juga mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi dengan lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’
Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit. (kosmo)

Jom ke sauna hari ni

4 comments: